Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Thursday, February 18, 2010

I Know You Love Me !

~Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara
~Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda
~Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda
~Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur
~Anda amat bermakna dalam hidup seseorang
~Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia
~Anda seorang yang istimewa dan unik
~Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda
~Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya
~Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula, mungkin anda yang meminggirkan mereka
~Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya
~Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela
~Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda , anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya
~Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik